Zyya Adriana lebih dikenali dengan gelaran ‘princess’. Puteri tunggal Tan Sri Iskandar, berusia 19 tahun dan sangat ganas
tingkahnya. Dek terlalu
dimanjakan, Zyya langsung tak ambil endah soal adab dan tatasusila. Dia sentiasa fikir dirinya betul. Kemunculan Tengku Ashraf bagai
bom yang dijatuhkan dalam hidup Zyya. Papanya mahu Ashraf jadi tutor Zyya.
Ashraf seorang lelaki matang dan penyabar. Namun kesabarannya menipis tatkala berdepan gadis itu. “Walau setinggi mana pun you dijunjung, jangan sesekali
menindas orang yang lebih lemah daripada you. Mungkin sebab you tak cukup didikan ibu bapa. That’s why you become like this.” Ashraf Entah kenapa setiap perlian Ashraf merabik-rabik hati Zyya.
Dan perhatian pemuda itu pula bisa mengganggu ketenangan jiwa. “Behave sikit boleh tak? Jangan nakal sangat.” - Ashraf Kadang-kadang Ashraf letih mendidik Zyya. Tapi hatinya sudah
lama terpaut pada ‘penyelamatnya’ itu. Hanya Zyya sudah lupa memori indah mereka.
“Pakej lengkap macam ni, takkan jadi crush aje? Pergilah
mengurat atau masuk meminang. Atau sir crush dekat isteri orang?” Zyya
Kedatangan Jee Xian merosakkan rencana Ashraf. Lelaki yang
disangka ‘artis pujaan hati’ Zyya, rupa-rupanya pesaing cintanya. “Papa nak Zyya kahwin dengan Ashraf.” Permintaan mengejut Tan Sri Iskandar bikin Zyya tambah
bingung. Dia keliru tentang perasaannya terhadap Jee Xian dan Ashraf. Bisakah rumahtangga di bina tanpa rasa cinta? Dan mengapa Zyya rasa Ashraf banyak berahsia? Adakah Jee Xian boleh membimbing Zyya ke arah yang lebih baik?