BLURB BAHTIAR SAKTI


KESETIAAN bersulamkan kejujuran. Hanya itu Kayza Aziza dambakan dari Bahtiar Sakhi. Namun kecurangan dan penipuan dibalas. Tiar menduniakan Kay tanpa batas dari segi kasih dan cinta. Dalam masa yang sama, dia jua punya ‘dunia tersendiri’ bersama Anna Khaleela. Dunia tersendiri yang penuh hina dan keji!


“I janji. Satu hari nanti, kita akan ada dalam hubungan yang you idamkan tu. I pun nak hidup dengan you. Sampai mati! Tapi you kena sabar sikit. You kena faham situasi I. Tak mudah I nak buat semua tu. I nak jaga hati banyak pihak. - TIAR


“Terutama hati Kay?” -Anna


“Yup. She’s my wife. Dan nak jaga hati you juga… my feuture queen, in my life!” -Tiar


“Maknanya dia masih yang pertama di hati you?” - Anna


Anna dilingkari api cemburu!


Tika Tiar enak mengulit cinta bersama Anna, Kay mula mengintai dunia hitamnya yang pernah ditinggalkan dahulu. Bukan untuk membawa diri, tapi demi sebuah harga diri! Harga diri yang diinjak hebat oleh lelaki yang dicintai selama ini!


“Tak pernah berubah? Tak pernah hilang? Tapi cinta, kasih sayang dan rindu you tu dah terbahagi dua untuk I dan perempuan tu! I tak boleh tutup mata, buat-buat tak nampak. Pura-pura benda tak pernah jadi. Sorry, Tiar. I tak pandai nak berdrama… like you!” - Kay


“Please Kay? I rayu sangat.” - Tiar


“You tak perlu melutut merayu. Tu bukan level seorang Bahtiar Sakhi. Figura yang sangat hebat untuk jerat jiwa perempuan!” -Kay.


Kay sangkakan, dengan bukti yang diperolehi, keadaan memihak ke atasnya. Namun pendedahan mengejut Tiar remukkan perasaan Kay! Pendedahan yang meletakkan Kay dalam kurungan besi milik Tiar!


“Sekarang ni I nak you pilih. Antara you lepaskan I, yang dah jadi cagaran untuk you kaut segala harta, pangkat legasi papa… atau I dedahkan hubungan maksiat dan zina you dekat papa. Pilih!” -Kay


“Kalau you buka mulut pasal benda ni kat papa, I akan…” -Tiar


“You akan apa? Akan pukul I? Belasah I? Atau bunuh I? Silakan. Silakan! Sekurang-kurangnya I cerai mati dengan you, Tiar. Daripada terus melalak minta you lepaskan I secara baik masa I masih hidup ni!” -Kay

Tiar puas dapat ikat Kay kali ini. Anna hadir bersama luka lama untuk jiwa Kay. Rupanya, Anna pernah ada ‘dekat’ dengan Kay sebelum ini. Derita dan kesakitan yang baru, berkocak hebat menikam perasaan. Dendam Kay buat Anna terbentuk tanpa sedar. Dan identiti Anna terus menjadi ‘misteri’ dalam hidup Tiar!


“Ikhlas dan tulus aku takkan wujud kalau aku tahu siapa kau yang sebenarnya. Puas dapat balas dendam kat Kay? Puas dapat buat aku jadi lelaki tak guna macam ni?” - Tiar.


Kenyataan yang disembunyikan selama ini akhirnya meletus di telinga Tiar. Dentuman yang sedarkan Tiar bahawa bukan bahagia yang dijaring selama ini saat sedang hanyut asmara bersama Anna. Tapi derita dan keperitan yang berganda hebatnya.


Kay sudah kemarau dengan rasa sayang. Hidupnya sudah hancur dihenyak kecurangan dan kesakitan yang datang dari Tiar sendiri. Kehilangan demi kehilangan yang mengejut umpama dejavu menakutkan buat Kay. Untuk apa lagi bertahan atas hubungan tanpa kebahagiaan ini?


“I sanggup gadai nyawa I asalkan you dan I tak berpisah. Walaupun perlu lenyapkan orang yang you benci. I sanggup buat Kay!” -Tiar


“You nak lenyapkan siapa? You tahu ke siapa yang I benci sekarang ni?” -Kay.


“Anna. I tahu you marahkan dia.” – Tiar.


“Dan I pun marahkan you. Sebab tu I nak lenyapkan you dari ada ikatan dalan hidup I!” -Kay.


Itu yang Kay noktahkan. Andai Tiar sanggup ‘hapuskan’ Anna, apa kurangnya Kay… yang jiwa kejamnya tidak pernah terpadam hingga hari ini. Tika hati sudah ditusuk belati, lenyap segala cinta yang sudah dipatri.


Apakah Tiar akan melawan? Sedangkan segala luka di hati Kay hasil ukiran tangannya. Atau terus bertahan… walaupun Kay sudah tandus dengan kemaafan?


Dan mampukah Kay mengalah dengan sebuah ‘rahsia indah’… yang Tiar sembunyikan dari pengetahuannya selama ini?

×
WhatsApp