Pertemuan mereka, ada agenda tersendiri. Mikael perlukan isteri upahan untuk tutup

mulut Tokmi serta lari daripada perempuan-desperate-yang-tak-cukup-kain yang

tergilakan dia. Manakala,Hannan pula terpaksa terima tawaran Mikael demi

pembiayaan kos rawatan emak.


Mereka setuju menjadi suami isteri demi kepentingan masing-masing. Bagi Hannan,

kerja tu simple tapi bayarannya lumayan. Setakat berlakon jadi isteri upahan, dia

boleh buat tanpa timbulkan masalah walaupun minggu pertama jadi isteri Mikael, dia

dah kena serang dengan Laila (Perempuan tak cukup kain).


Sabarkan hati, mereka teruskan lakonan. Awal perkahwinan, semuanya indah.

Hannan mampu menjayakan wataknya sebagai isteri upahan. Depan keluarga,

mereka pasangan paling bahagia. Padahal sebaliknya, mereka macam anjing dengan

kucing. Mikael yang gatal. Mikael yang sweet. Mikael yang suka mengusik. Kadang-kala buat dia rimas.


“Buka baju.” - Mikael


“Why?” - Hannan


“I rasa I nak hak I.”- Mikael


Di mata Hannan, Mikael tu lelaki tua miang+gatal+merenyam. Selalu melanggar

batasan pergaulan. Katanya, mereka cuma berlakon. Tapi, dia tak rasa Mikael sedang

berlakon. Sebab perbuatannya sentiasa melebihi batas. Sentuh sana, sentuh sini.

Peluk sana, peluk sini.


"Mika! You cakap kerja I cuma jadi isteri you. You upah I untuk berlakon jadi isteri

you sebab Tok Mi. Tiba-tiba bercakap soal hak bagai.. "


"I up harga upah you. Sekarang ni, jadi isteri I betul-betul. Lahirkan zuriat I. Boleh,

baby sayang?"


Mika yang miang. Mika yang gatal. Bermacam alasan dia bagi, si lelaki tetap tak

putus asa.


"I period. Jangan sentuh I kalau tak nak I bertukar jadi Hulk."


"Baby sayang... Tak ada orang period sampai dua bulan. Itu penyakit namanya. Kalau

you tak nak pergi klinik, biar I suruh Tokmi cekkan."


Bila nama Tok Mi menjadi pertaruhan. Sah-sah Hannan mengalah. Tokmitu, ibarat bini
Hulk. Garangnya kalah singa. Harimau puntunduk. Inikan pula dia manusia biasa.
Yang kerjanya memang melahirkan anak. Sah-sah Mika yang menang. "Seorang
anak, I nak upah Rm 200 ribu."

Dia bukan mata duitan. Dia cuma mencari alasan untuk menghalang
Mika.Malangnya, alasannya dipersetujui oleh Mika tanpa dalih. Rm200ribu menjadi
hamparan untuk dia serahkan diri.

"Ini cek bernilai RM 200 ribu. Lahirkan anak untuk I."

Orang kaya ni memang gila! Perangai tak boleh dijangka dekakal. Tahu mengarah je!

"Baby sayang... Come.. Syurga menanti.. " - Mika

Terngadah dalam jeratnya sendiri akhirnya, Hannan terpaksa serah diri.
×