Dek kerana cemburukan si kakak, Aurellia sanggup perangkap bakal abangipar.
Sekaligus mencalarkan maruah keluarga. Kerja paling gila dia buat.
Tidur dengan abang ipar a.k.a boyfriendsi kakak.Tarikh perkahwinan makin hampir,
pengantin perempuan bertukar. Gila bukan? Bercinta dengan kakak, berkahwin
dengan adik. Tak terfikir dek akal.
"Sumpah demi Allah S.W.T, saya tak pernah cintakan Aurellia. Apatah lagi
menidurinya." - Shaq Hakim
"Bersumpah sambil junjung Quran pun, apa kau boleh buktikan?Mama,papa, dan
girlfriend kau sendiri nampak yang kau tidur dengan aku. Lepas sedap, kau nak
tinggal aku macam tu je?" - Melur Aurellia
Dek maruah serta nama baik keluarga, mereka dikahwinkan atas dasar
"tanggungjawab." Tanpa sedar, ada hati yang terluka.
"Kenapa kau perangkap Shaq? Dah tak ada jantan lain yang kau nak jadikan kambing
hitam?" - Mawar Delana
"Sebab dia lelaki yang paling kau cinta. Sebab dia adalah kebahagiaan kau.Aku tak
nak tengok kau bahagia, Delana." - Melur Aurellia
Hari berganti hari. Dendam mula terkumpul. Delana yangsopan, berubah tingkah laku
menjadi seorang pendendam. Manakala Aurellia, bukan setakat mencipta
permusuhan dengan si kakak, malah dengan suami sendiri.
"Kau jangan nak tegur atau nasihatkan aku. Kau cuma lelaki asing yang aku jadikan
suami untuk membalas dendam. So, jangan pernah berharap aku akan jadi isteri
mithali." - Aurellia.
Dia tak tahu apa dendam yang terbuku dalam hati cik isteri. Namun, yang dia tahu.
Setelah seorang wanita bergelar isteri, akan dia jaga seumur hidupnya walaupun
pada dasarnya tak pernah wujud tentang perasaan cinta.
"Awak isteri saya yang sah. Suka atau tidak, saya akan terus membimbing awak dan
cuba mencintai awak. Walau apa pun terjadi. Awak tetap akan jadi ibu kepada anakanak saya." Shaq Hakim
Bermacam-macam cara dia gunakan untuk menggoda sang isteri. Tanpa sedar, saat
berganti minit, cinta di hati isteri mula berputik.
Malangnya, satu peristiwa yang berlaku, mengheret mereka ke dasar kekecewaan
sehingga melenyapkan segala cinta dalam hati. Masihkan ada rindu dalam hati
mereka tatkala hati sedang dikhianati? Atau hati saling membenci?