Yasmin Maria...

Sebaris nama indah yang berjaya buat hati Ilyas jatuh cinta pandang pertama. Kali pertama bersua muka dengan gadis manis bertudung litup itu, hatinya jadi tak keruan. Setiap saat hati meronta-ronta mahu bertemu.

Terus dia buat kerja gila. Melamar gadis idaman hati di

tengah jalan dengan harapan cintanya akan berbalas. “Saya cintakan awak, Cikgu Yasmin.”- Ilyas Rahman. “Itu masalah awak, Encik Ilyas. Bukan masalah saya.

Awak pergilah mana-mana klinik atau hospital mintak ubat dekat doktor untuk hilang rasa cinta awak tu!”- Yasmin Maria.

Dunianya terasa gelap seketika. Cintanya yang tulus ditolak mentah-mentah oleh Yasmin. Namun, Ilyas Rahman bukanlah lelaki yang mudah tewas dengan rasa kecewa. Semakin Yasmin menolak, semakin kuat nalurinya mahu memiliki gadis itu.

Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba saja keluarga Yasmin mahu menjodohkan mereka. Pucuk dicita, ulam mendatang. Lamaran itu diterima dengan hati yang berbunga-bunga.

“Ini kawasan saya dan itu kawasan awak. Jangan pernah terfikir pun nak ceroboh kawasan saya. Kalau awak langgar arahan penting ni, saya akan pastikan awak tidur di ruang tamu.”- Yasmin Maria.

Selepas kahwin, tercetus pula perang ala-ala Tom And Jerry. Asyik bergaduh saja macam anjing dengan kucing. Naik pening kepala Yasmin nak handle perangai Ilyas. Gatal Ya Rabbi!

“Awak dah hilang akal ke, Ilyas Rahman? Saya tak teringin pun nak sentuh awak. Jangan ingat saya akan tergoda dengan otot-otot awak tu. Saya bukan perempuan gedik yang mudah terangsang hanya dengan tengok lelaki berotot macam awak. Faham?!”- Yasmin Maria.

“Abang cuma nak tolong sayang cari pahala percuma. Setiap kali sayang tengok abang, setiap kali itu juga malaikat akan catatkan pahala. Lebih-lebih lagi kalau sayang pandang dengan rasa cinta. Lagi banyak pahala sayang dapat tau.” - Ilyas Rahman.

Bagi Yasmin, cinta bukan sekadar di bibir. Dia tak yakin dengan cinta yang Ilyas lafazkan. Cinta perlu lahir dari hati.

Mampukah Ilyas leburkan hati Yasmin yang keras? Berjayakah dia meyakinkan Yasmin tentang hati dan perasaannya?

Adakala, hati diketuk rasa hampa. Namun, dia perlu bertahan kerana cintanya tersimpul mati

×
WhatsApp