Hati yang terluka. Jiwa yang rapuh. Perasaan yang hilang. Bukan senang untuk
dipulihkan. Bahkan diri sendiri belum tentu. Inikan pulak, dia yang kena pulihkan.
Mustahil! Kerja yang sangat sukar. Dan dia tak boleh terima.
“Bonda. Aeera tak boleh buat. Bukan senang nak pulihkan orang yang terluka.
Percent untuk berjaya tu, langsung tak nampak, bonda. Arjuna tu dah terluka sangat.”
- Aeera
“Sebab tu bonda suruh Aeera kahwin dengan dia. Jaga dia. Gembirakan dia.Dia
perlukan seseorang yang sentiasa ada di sisi dia. Dia perlukan seorang isteri. Aeera
dengan dia dah lama kenal, kan? Tolonglah bonda.” – Bonda
Aeera terngadah. Mana mungkin dia mampu lakukan.
“Arjuna dah setuju nak kahwin dengan Aeera.” - Bonda
Lagilah dia terkejut. Mustahil! Dalam hati lelaki tu cuma ada Ameera. Arjuna takkan
terima cadangan mama. Namun, sebaliknya. Si lelaki terima kerana alasannya
tersendiri.
“Yes. You kena kahwin dengan I supaya bonda I tak bising-bising dan paksa I kahwin
dengan perempuan lain. I tak boleh terima Perempuan stranger yang I langsung tak
kenal dalam hidup I.” - Arjuna
“Kahwin dengan you. Lepas tu apa? Hidup I macam mana? Jiwa I?Perasaan I?” -
Aeera
“Hidup macam biasalah. Macam kawan baik. Sebab you sendiri tahu, kan?I tak
cintakan you. Kita kahwin sebab mama. Win-win situation.”- Arjuna
“Once you jadi suami I, I akan pastikan you milik I. It’s okay for you?”-Aeera
“Then, try.” - Arjuna
Bila dicabar, Aeera buat betul. Setiap hari, setiap saat dia akan goda Arjuna sehingga
si lelaki tiada pilihan. Jatuh cinta dan jatuh ke dalam pelukannya tanpa sebaris nama
Ameera. Dia akan pastikan