Pada dasarnya, dia menikah dengan Syea sebab jatuh cinta dengan perwatakannya.

Wanita yang sangat cool. Tenang dan matang. Akad dilafaz, dialah lelaki yang paling

bahagia. Menjadi suami kepada Wanita idaman hati. Malangnya, tak seperti yang dia

fikirkan. Hampir terkena heart attack Ardean bila tengok perangai sebenar cik isteri.


Mama suruh beli ayam, dia pergi tangkap ayam.


“Mama suruh beli ayam, bukan tangkap dekat reban.” – Ardean.


“Oh, yeke? I tengok ayam banyak je dekat reban.”


Bukan setakat tu je. Bila dia suruh Syea jaga tingkah laku sesuai dengan

perwatakannya, dia pula yang terkena sakit jantung.


“Apa yang I tengok sekarang ni, Syea?”


“You suruh I behave like orang bandar sesuai dengan perwatakan I. Kan?” – Syea.


Ardean terngadah. Syea selamba je pakai skirt atas paha. Rayban di mata. Dan cara

bercakap seperti orang Kuala Lumpur acah geli dengan semua benda. Itu euw, ini

euw. Depan keluarga, di kampung dia!


“Pleaselah, Syea. Jangan buat benda mengarut dan tak matang macam ni. I menikah

dengan you sebab you nampak matang. Bijak dan elegant. Tapi, apa semua ni?” –

Ardean.


“Ayat simple you, menyesal berkahwin dengan I, kan? Lepas tahu perangai I, tak

seperti yang you dambakan. For you information encik suami, you ada dua pilihan.

Sama ada terima I seadanya, atau lepaskan I. Simple.” – Syea


Bukan mudah untuk dia lakukan. Semakin lama bersama, semakin banyak perangai

Syea yang tak dijangka oleh akal fikiran. Mulanya, dia rasa rimas dan malu. Namun,

waktu berganti, karenah Syea mencuit hati. Sedar tak sedar, bibir mengulum senyum.

Ardean rasa dia memang lelaki bertuah menjadi suami Syea.

Syea yang matang pada luarannya, namun nakal disebaliknya. Buat dia dilamun cinta

walaupun hati menafikan.


×