Dia sangka, Islah memilih dia kerana cinta. Tapi rupanya dia silap, lelaki

itu mahukan dia untuk mengubat luka ditinggalkan cinta pertama.

Ketika hati mula diserahkan, lelaki itu berpaling demi perempuan yang dia puja. Puas dia bertanya, apa salah dan dosa yang dah dibuatnya? Namun Islah tak punya jawapannya. Dia tahu dia tak dicintai dalam kisah ini, jadi, biarlah dia memilih untuk pergi.

“Kalau dah tahu yang abang sangat cintakan dia, kenapa abang pinang Tijan?”- TIJAN

“ Abang patah hati masa tu, Tijan. Mencari pengganti adalah ubat yang paling mujarab kata orang. Jadi, sebab itulah abang pilih Tijan.” – ISLAH

Dia mula tercari-cari bila gadis itu dah tiada. Dan dia sedar, yang dia cinta bukanlah Dhea sebenarnya, tapi Tijan. Namun, waktu itu hati Tijan dah mula beku dan dipenuhi benci.

“Kalau orangnya Tijan dah benci, semua yang ada kaitan dengan dia pun Tijan tak mahu ambil tahu. Bayang dia pun jangan pernah melintas depan Tijan!” -TIJAN

Dia, lelaki yang tak pernah cintakan sesiapa. Gadis itu juga bukan jenis yang dia suka. Tapi, sesungguhnya hati manusia ini, Tuhan yang pegang. Tak tahu, entah bila rasa itu mulai ada.

“Kalau awak lari ke dimensi yang lain pun, saya tetap akan cari awak, Tijan. Saya tak akan biarkan awak pergi jauh dari saya.” – ZAYDEN

Islah datang semula membawa janji yang diperbaharui. Mengejar dia tanpa lelah dengan jaminan cinta dan rasa yang tak berbelah bahagi. Zayden pula hadir dengan menawarkan pakej yang sempurna. Tapi, hatinya pula rasa tak yakin. Lelaki itu tak nampak bersungguh mahukan dia.

Mereka terperangkap dalam permainan takdir dan perasaan yang tak dijangka. Andai Islah yang dipilihnya, mampukah kali ini lelaki itu setia? Dan jika Zayden, adakah lelaki itu benar-benar cintakan dia? Atau mungkinkah ada tersembunyinya rahsia?

×
WhatsApp