Hatta cuma tempat pemuas nafsu. Lelaki yang dia ingin jadikan suami,adalah Dariz, si

lelaki kaya. Malangnya, dia terkantoi dengan ayah tentang kandungan luar nikahnya.


"Walau apa pun berlaku, aku nak kau kahwin dengan Hatta." PakSaad.


"Maira takkan kahwin dengan jantan miskin tu ayah. Ayah dahgilakeapa?Jantan tak

guna macam tu nak jadikan menantu." - Maira.


"Jantan tak guna tulah ayah kepada anak haramkau tu! Tak cukupdenganberzina,

kau nak malukan ayah dengan melahirkan anak tanpaberkahwin?No, Maira! Langkah

mayat ayah dulu." - Pak Saad.


Tiada pilihan, Maira terpaksa berkahwin. Namun, hanya sekadar ambil syarat. Hati dia

tetap mencari lelaki lain. Tak dapat Dariz, masih ramai lagi lelaki kaya di luar sana.

Kerana dia dahagakan kemewahan. Bukan hidup dalam kemiskinan dengan Hatta.


"Miskin buat cara miskin. Aku takkan cintakan lelaki tak guna macam kau.Dan jangan

sesekali kau sentuh aku. Aku jijik." - Maira


"Sebab jijiklah, you mengandung anak I." - Hatta


Bagi Hatta, cukuplah sekali dia buat dosa besar. Dia jahil, tapi dia tak kejam untuk

melepaskan tanggungjawab. Maira itu isteri dia yang sah. Anak dalam kandungan

Maira, adalah anak dia. Dia akan jaga sebaik mungkin walaupun sering dihina oleh

Maira serta mertua sendiri. Dia akan bangkit,demi anak itu.


"Anak yang you banggakan ini, aku akan bunuh. Aku takkan lahirkan budakharam ni."

- Maira


"Tak cukup ke dengan dosa yang kita dah buat? You memang bercita-cita nak masuk

neraka ke, Maira?"


Hatta fikir, Maira akan berubah bila dia mencurahkan sepenuhnya kasih sayang.

Malangnya, perempuan tu tak pernah berubah. Bukan setakat curang dibelakang.

Malah, Maira membunuh anak mereka.


Lantas, Hatta buang segala rasa dalam hati. Dia pergi membawa diri. Tatkala Hatta

menghilang, ada rasa aneh menjamah hati. Maira kesepian.Tak sedar yang dia telah

jatuh cinta pada suami sendiri. Malangnya, tiada apa yang mampu mengubah hati

Hatta.


"Saat kau membunuh anak tu. Sama seperti kau dah bunuh aku, Maira.Jangan
muncul depan aku lagi. Aku jijik."- Hatta

Tiada lagi cinta buat Maira selain kebencian. Cinta mereka berakhir dengan kematian
si kecil. Cukuplah.. Setakat itu sahaja dia turunkan egonya buat seorang isteri.
×