Apa yang terjadi apabila si gemuk bertemu dengan si samseng yang tidak percaya pada perkahwinan? Muncul

‘anak gajah’ dalam hidup Akasyah. Ya. Itulah panggilan Akasyah untuk Zehra, gadis gempal 90 kg yang membawa malapetaka dalam hidupnya.

“Kalau aku ada saka, orang pertama yang aku bagi makan kat saka aku ni adalah kau.” - AKASYAH

“Kenapa pula nak bagi makan saya?” - ZEHRA

“Yalah. Sedap. Isi banyak, lemak pun banyak. Enak dimakan begitu saja. Saka pun tak habis makan sebab kaki macam lembu. Sado sangat.” - AKASYAH

Begitulah Akasyah. Mulutnya memang tiada insurans. Memang Zehra selalu menjadi mangsa bahannya. Ditakdirkan berkahwin dengan gadis itu, dia tidak tahu apa keistimewaan perempuan itu sehingga kakaknya begitu agungkan. Bagi Akasyah, dia tidak dapat merasakan kebaikan dalam suatu perkahwinan. Sehinggalah, satu rahsia terbongkar. Ketika itu, Zehra sudah membawa diri jauh daripadanya.

“Zehra adalah kebaikan dalam hidup abang yang abang tak mampu nafikan. Kebaikan Zehra buat abang percaya pada ketulusan sebuah perkahwinan.” - AKASYAH

Kerana pesona si gadis gempal itu, Akasyah tertawan! Akasyah seperti orang gila yang mereng, mencari cik isteri yang sudah melarikan diri. Zehra gelarkan dia sebagai ‘imperfect gentleman’, lelaki yang kurang peka dalam segala hal, juga suka mengeji. Mampukah ‘imperfect gentleman’ ini berubah menjadi seseorang yang ‘perfect’ di mata Zehra?

×
WhatsApp