Hanum Afifah binti Mahmud. Maka dengan ini, sampai di sini perasaan yang pernah ada itu ternoktah. - AJMAL
Jodoh itu bukan dia yang minta, bukan dia juga yang mencarinya. Andai
sudah tertulis di atas sana,
mengapa tidak harus mereka reda sahaja? Tapi, sesungguhnya untuk reda itu tak semua orang mampu.
“Lepas setahun, saya janji saya akan tunaikan apa
sahaja yang awak minta.” –LUKMAN “Kalau saya minta awak terus jadi suami saya waktu
tu, macam mana? Awak sanggup tunaikan juga ke”HANUM
Dua belas purnama Hanum ditinggalkan dengan janji. Namun kepulangan Lukman tak pernah dinanti. Lukman yang memilih untuk pergi, maka sejak itu jugalah hati Hanum seolah-olah mati. Segala rasa yang pernah ada dah Hanum kuburkan tanpa sisa.
“Saya balik ni sebab saya nak cari Hanum. Saya nak perbaiki semula
kerosakan yang saya dah buat.” –LUKMAN Tapi Hanum yang dulu dah pun tiada. Lukman akur kerana semuanya
berpunca daripada dia. “Tak bercerai pun saya tetap jalani hidup macam janda juga. Ada suami,
tapi serupa macam tak ada. Jadi, lebih baik kita selesaikan semuanya.” HANUM
“Kita boleh perbetulkan keadaan, Hanum. Kita mulakan semula hubungan
kita.” -LUKMAN Namun bila tersingkapnya rahsia, hati Lukman mula goyah. Benarkah Hanum
itu untuk dia? “Kau betul-betul sayangkan aku ke bang? Aku tahu kau sukakan Hanum lebih
daripada orang lain. Kau cintakan dia kan?” – LUKMAN Pengorbanan bukan untuk sekali. Jika itu yang diperlukan untuk
mengembalikan rasa yang pernah Hanum ada, dia harus reda.